'Biarlah Tun Mahathir habis sepenggal'

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa mana-mana pemimpin parti agar tidak mengejar jawatan demi kepentingan peribadi, sebaliknya fokus melaksanakan tugas masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

"Saya percaya anggota Pakatan Harapan (PH) matang dan boleh fikir sama ada mahu utamakan kemajuan negara, kemajuan individu atau kemajuan parti. Sebolehnya jangan fikir kepentingan individu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Little River Festival 2019 di sini hari ini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya takkan mungkir janji, serah kuasa kepada Anwar'

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Iklan

Tegasnya, beliau menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana sebarang peralihan kuasa tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

"Saya berpendapat untuk kepentingan negara dan bangsa biarlah beliau di sana sehingga habis penggal, dan saya menyambut baik dan berdoa agar Mahathir dipanjangkan umur.

Iklan

"Perkara itu boleh dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat PH (Pakatan Harapan) akan datang, namun ia memerlukan kematangan semua anggota,” katanya. - Bernama