IPOH - Dua ADUN DAP Perak sah menarik diri daripada membantah rancangan memperkenalkan pembelajaran tulisan khat bagi subjek Bahasa Melayu dalam kurikulum Tahun Empat di sekolah-sekolah vernakular.
Bagaimanapun ketika dihubungi Sinar Harian, ADUN Jelapang, Cheah Pou Hian enggan mengulas lanjut berhubung isu penarikan tersebut.
Iklan
Iklan
Malah, Pou Hian juga enggan mengulas berhubung faktor-faktor yang menyebabkannya menarik diri daripada bantahan itu.
"Ini saya tak mau jawablah. Saya sudah tarik diri tak mau jawab lagilah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tulisan khat dalam Bahasa Melayu Tahun Empat kekal: KPM
Tidak perlu polemik isu tulisan khat: Annuar
"Banyak reporter (wartawan) call (hubungi) saya. Saya tak jawablah,” katanya.
Sebelum ini, Pou Hian dan ADUN Keranji, Chong Zhemin menjadi sebahagian daripada 13 ADUN, 14 pemimpin akar umbi dan pemuda DAP serta 138 cawangan dan jawatankuasa parti di peringkat Parlimen yang menentang langkah berkenaan.
Bagaimanapun, Pou Hian dan Zhemin menarik balik bantahan itu dalam satu kenyataan bersama semalam, dalam usaha membolehkan DAP dan Kementerian Pendidikan mengkaji semula isu berkenaan.
Sementara itu, Zhemin tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut isu penarikan dirinya.