'Saya halalkan susu'

Iklan
Susu lori terbalik Rabu lepas lesap selepas orang ramai mengambilnya tanpa kebenaran.

BACHOK - Pemilik lori muatan susu yang terbalik di Tawang di sini beberapa hari lalu menganggap isu orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran selesai.

Azizan Zainuddin, 57, berkata, dia menghalalkan baki susu yang belum dipulangkan orang ramai walaupun dia baharu menerima satu pertiga dari jumlah keseluruhan.

Iklan
Iklan

Katanya, dia bersedia menanggung kerugian dari kejadian itu.

"Sebahagian susu yang dihantar semula oleh orang ramai ke lokasi lori terbalik masih berada di balai polis.

Iklan

"Ramai yang menghubungi saya, saya beritahu mereka yang ambil sikit-sikit dan yang tin kemek tu saya halalkan," katanya.

Menurutnya lagi, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu yang tidak disedarinya.

Iklan

"Saya pun dah penat nak jawab panggilan dan pertanyaan orang ramai, anggaplah perkara ini dah selesai," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebahagian susu dalam tin kemek yang dikembalikan orang ramai.

Dalam kejadian jam 4 petang Rabu lepas, lori dipandu anak Azizan, Mohd Baihaki, 25, yang membawa muatan 1,200 kotak susu terbalik dan susu 'lesap' diambil orang ramai.

Azizan berkata, susu dari Lembah Klang itu untuk dihantar ke stor di Pengkalan Chepa.

Berikutan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik lori terbalik minta pulangkan semula susu

'Terima kasih kerana pulangkan susu'