SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyindir usaha kerajaan PH dalam membawa Malaysia baharu yang lebih baik dan menyifatkan ia sebagai syok sendiri.
Dalam catatan di Twitter peribadinya hari ini, beliau berkata, meskipun PH mencanang mampu membawa Malaysia yang baharu, namun realitinya tidak seperti disangkakan.
Katanya, sejak negara ditadbir PH, beberapa perkara dilihat menekan rakyat dan negara.
"Mereka menyangka mereka boleh membawa Malaysia yang baru, yang lebih baik...tapi realitinya nilai ringgit merudum ke RM4.20 (bagi AS$1), bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) lebih menekan, tol semakin mahal, harga makin tinggi, getah dan sawit makin merudum.
"Segala bantuan terhenti, hutang negara meningkat...masih syok sendiri," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 berkata, kerajaan PH yakin dengan keupayaannya untuk mentransfomasikan negara ke arah Malaysia Baharu berteraskan prinsip keadilan, tabdir urus yang baik, integriti dan kedaulatan undang-undang.
Katanya, kerajaan baharu akan melakukan melakukan beberapa perubahan dasar, strategi dan cara pelaksanaan untuk memenuhi harapan rakyat, membina semula serta mengembalikan kegemilangan negara.