'Jangan sampai ada yang mati baru nak bertindak'

Iklan
Blok C PPR Kerinchi lokasi lif terhempas menyebabkan lapan mangsa cedera semalam.

KUALA LUMPUR - Penduduk mohon aspek penyelenggaraan lif dipandang serius bagi mengelak insiden lif terhempas berulang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok C PPR Kerinchi, Mohd Yusoff Ibrahim berkata, pihaknya tiada maklumat tentang prosedur dan jadual penyelenggaraan lif di kawasan perumahan itu.

Iklan
Iklan

Namun menurutnya, kontraktor yang dilantik hanya kelihatan apabila ada aduan kerosakan lif dilaporkan.

MOHD YUSOFF

"Lepas insiden lif terhempas ini, harap pihak berwajib peka dan lebih serius dalam isu penyelenggaraan. Lif kerap rosak, baiki pagi akan rosak semula petang atau esoknya. Hampir setiap minggu ada kes lif rosak.

Iklan

"Pernah juga ketiga-tiga lif rosak serentak. Nak datang baiki pun ada yang ambil masa antara dua hingga tiga hari," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, isu tersebut tidak boleh dipandang ringan memandangkan insiden itu bukan kejadian pertama berlaku di kawasan itu.

Iklan

"Isu lif ini beberapa kali dibangkitkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun tidak diberikan perhatian sehinggalah insiden lif terhempas berlaku semalam.

Lif yang rosak selepas terhempas semalam ditutup sementara untuk siasatan.

"Kalau dilihat dari mata kasar lif ini memang sudah dalam keadaan uzur dan sering rosak, masalah vandalisme pun berlaku. Apabila libatkan isu keselamatan tindakan segera perlu diambil," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Zairudin Baharuddin, 33, berkata, dia dan isteri pernah berdepan lif menjunam dari tingkat tiga ke bawah di blok sama.

ZAIRUDIN

"Masa itu sekitar 2017, ada lima mangsa namun tiada yang serius atau dimasukkan ke hospital cuma kesannya masih dirasai sampai sekarang dengan masalah sakit pinggang dan lutut.

"Itu kejadian kedua melibatkan lif, kejadian pertama berlaku sekitar 2014. Saya berharap pihak berwajib ambil tanggungjawab, jangan nanti ada yang mati baru bertindak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan cedera lif jatuh dari tingkat lima PPR Kerinchi

Lif terhempas: 'Ibarat aksi filem, hanya mampu istighfar'