Kanak-kanak maut dilanggar kereta

Iklan

SIBU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas cedera parah dilanggar sebuah kereta di pasar malam di sini semalam.

Damia Alyana Daniel Sham parah di kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 3 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Kapit.

Iklan
Iklan

Menurut laporan sebuah portal berita, dalam kemalangan sekitar jam 7.30 petang itu, mangsa bersama adiknya, Afia Ismahani, 5 dan seorang awam lain sedang berjalan kaki di lokasi kejadian apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh mereka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kapit untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 3 pagi manakala adiknya hanya mengalami cedera ringan dan benjol di kepala.

Iklan
Iklan

"Seorang lelaki berusia 40-an yang turut dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.