SHAH ALAM - Walaupun telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi belum ditayangkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), namun netizen telah memberikan kritikan dan bantahan susulan posternya tersebar di media sosial.
Difahamkan netizen membantah telemovie tersebut kerana mengangkat tema pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgander (LGBT) di tahfiz yang secara tidak langsung akan memberikan gambaran buruk kepada pelajar serta pusat pengajian itu.