MELAKA - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee kesal apabila pesalah yang melakukan pencerobohan tanah milik kerajaan di Sungai Rambai, Ogos lalu, hanya dikenakan kompaun RM1,000 sahaja.
Sambil menganggap hukuman tersebut tidak munasabah, beliau berharap individu terlibat dikenakan hukuman lebih berat sebagai pengajaran kepada masyarakat agar kejadian serupa tidak berulang.
Justeru itu, menurut Norhizam, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Penasihat Undang-Undang kerajaan negeri bagi meminta kertas siasatan berhubung kes tersebut dibuka semula.
Dakwa Norizam, kertas siasatan yang diberikan tidak tepat apabila hanya tertumpu kepada isu pencerobohan tanah melibatkan pembinaan dua kolam, sedangkan isu penemuan baja subsidi tiada siasatan terperinci dibuat.
"Bagi saya, pihak berkuasa gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu penemuan baja subsidi tersebut dan kertas siasatan yang dibuat longgar, tidak menyeluruh serta tidak telus sehinggakan kompaun yang dikenakan tidak munasabah kepada penceroboh tanah tersebut.
"Bila saya rujuk agensi kerajaan berkaitan tentang jumlah kompaun yang dikenakan, alasan mereka laporan yang dibuat ditolak oleh Timbalan Pendakwa Raya atas alasan terlalu longgar, justeru pesalah gagal diheret ke mahkamah," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh di sini.
Beliau turut menegaskan penceroboh itu sepatutnya didakwa atas Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) kerana mendiami atau membina bangunan atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
"Bagi saya, tiada pengajaran kepada penceroboh tanah di negeri ini dan seolah-olah menggalakkan tindakan pencerobohan tanah dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mereka sepatutnya dikenakan tindakan hukuman maksimum, kalau sekadar kompaun RM1,000 siapa pun mudah menceroboh tanah kerajaan negeri.
"Sedangkan nama saya telah diburukkan dengan pelbagai tohmahan termasuk digelar 'YB Gengster' dan sehingga ungkapan perkataan 'kau kenal siapa aku' menjadi tular malah ada yang mendesak saya meletak jawatan sebagai exco," katanya.
Menurut Norhizam, penceroboh terbabit dikenakan kompaun selepas didapati bersalah membina kolam ternakan ikan dan bangunan stor bagi menyimpan hampir 400 kampit baja di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Ogos lalu.
Jelasnya, aktiviti penceroboh terbabit dikesan dalam beberapa serbuan di kampung berkenaan pada Ogos lalu.