Gempa bumi lemah dikesan di Beluran

Iklan

BELURAN - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala richter dikesan berlaku di daerah ini pada jam 11.31 malam tadi.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman sesawang jabatan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami.

Gempa bumi itu direkodkan pada jarak 33km selatan Pitas dengan kedalaman berukuran 680km. - Bernama

Iklan
Iklan