2019: Kombinasi Mate 20 Pro, Matebook X Pro dan Watch GT!

Iklan

2018 semakin hampir ke penghujungnya dan 2019 bakal membuka tirai kepada pelbagai momen baharu dalam hidup anda. Untuk tujuan tersebut, Huawei menawarkan tiga gajet yang bakal melengkapkan aktiviti dan memberikan pengalaman hebat kepada mereka yang bersedia untuk berubah, selain melangkah masuk ke tahun 2019 dengan penuh bergaya!

Mate 20 Pro

Iklan
Iklan

Bagi mereka yang gemarkan telefon pintar berskrin besar, lebih-lebih lagi mereka yang gemar menonton Youtube dan melayari laman Instagram atau Facebook, Mate 20 Pro yang menawarkan OLED Curve Screen yang besar dan luas! Lebih seronok berinteraksi dan membaca TImeline dengan skrin yang lebih besar kan? Skrin besar juga akan memudahkan mereka yang suka menggunakan aplikasi membeli-belah seperti Lazada dan gemar membeli-belah menggunakan telefon pintar. Zaman ini, macam-macam kerja boleh dibuat menggunakan telefon pintar, jadi skrin bear pastinya memudahkan dan memberikan pengalaman yang lebih menarik untuk anda.

Dibantu lensa LEICA Ultra-Wide bersama teknologi video AI Potrait Color dan AI Scene Recognition yang menjanjikan kualiti menakjubkan, proses merakam foto dan video menjadi semakin mudah! Bagi mereka yang gemar mengambil foto terutamanya sempena Hari Krismas dan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, inilah masa paling sesuai untuk tunjukkan kongsikan gambar bersama sahabat handai dan kaum keluarga menerusi Instagram Stories atau Timeline Facebook! Tangkap gambar dan terus share, tak perlu sebarang edit. Mate 20 Pro akan memudahkan penggunanya.

Iklan

Tak cukup dengan itu, mereka yang gemarkan bermain permainan video seperti Pokemon Go atau Mobile Legends pastinya berpuas hati dengan kapasiti besar bateri Mate 20 Pro iaitu sebanyak 4200mAh yang bolehkan pengguna menguasai permainan mereka selama berjam-jam lamanya. Tak perlu lagi bermain permainan kegemaran anda dengan bantuan Powerbank! Teknologi 15W Wireless Charging dan SuperCharge 2.0 pula memastikan Mate 20 Pro milik anda sentiasa bersedia untuk digunakan setiap hari melalui tempoh pengecasan yang singkat selain senang untuk dibawa ke mana-mana.

Matebook X Pro

Iklan

Selain telefon pintar, Huawei juga menawarkan Matebook X Pro yang sesuai untuk pelbagai kerja pejabat. Dilengkapi skrin yang besar serta paparan 3K, anda boleh menikmati siri-siri kegemaran anda seperti Game of Thrones atau filem Korea dengan lebih jelas! Nak layan Netflix pun boleh! Teknologi Touchscreen Fullview yang ditawarkan Matebook X Pro juga bermakna anda tidak perlu risau lagi mengenai masalah tetikus. Hanya sentuh skrin anda untuk sebarang navigasi.

Dengan rekaan uni-body metalik berukuran Ultra Slim (14.6mm) dan ringan (1.33 kilogram), Matebook X Pro sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Suka bekerja menggunakan komputer riba di Starbucks? Bawa sahaja Matebook X Pro, tidak perlu lagi komputer riba yang berat-berat!

Bagi mereka yang gemarkan gunakan perisian pemprosesan grafik untuk perlbagai kerja berkaitan seperti Adobe Photoshop, MateBook X Pro menawarkan pemprosesan yang kuat dan laju, selain menjadi pilihan pemain permainan video dek kehebatan kuasa grafik yang ditawarkan. Hanya dengan Matebook X Pro sahaj anda boleh bekerja, melayari internet dan menikmati hiburan di mana-mana sahaja!

Selain itu, Matebook X Pro juga dilengkapi Huawei Share yang menawarkan perkongsian tanpa wayar pada kelajuan tinggi dengan peranti Huawei lain. Fungsi Quard Spaker dan sistem bunyi Dolby ATMOS menjadikan anda lebih puas apabila menonton filem seram atau aksi. Dah rasa macam berada dalam panggung wayang mini apabila menonton menggunakan Matebook X Pro!

Watch GT

Berita baik untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan selalu mengembara! Huawei Watch GT dilengkapi teknologi TruSeen 3.0 bakal melengkapkan perjalanan anda dengan fungsi kompas dan GPS. Tak ada lagi sesat di kawasan bandar mahupun kampung dengan bantuan GPS dan kompas semestinya membantu bagi mereka yang gemar masuk ke hutan untuk aktiviti lasak seperti trekking. Anda juga tidak perlu risau mengenai masalah bateri kerana Huawei Watch GT mampu berfungsi sehingga dua minggu tanpa caj! Lama kan?

Watch GT juga boleh sesuai dipakai ketika bersenam kerana dilengkapi pengesan kadar denyutan nadi. Watch GT kata denyutan nadi anda terlalu tinggi ketika bersenam? Rehatlah sebentar. Selain itu, anda tidak perlu lagi menanggalkan jam pintar anda untuk berenang atau risau ianya basah akibat hujan atau peluh ketika bersenam kerana Watch GT adalah kalis air, bermakna ia juga senang untuk dibersihkan

Dengan waktu penggunaan sehingga 14 hari, Watch GT adalah aksesori patut ada pada setiap pengembara dan mereka yang kerap bergerak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mate 2 Pro, MateBook X Pro atau Watch GT, layari https://shop.huawei.com/my/index.html atau laman Facebook https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/