B Sathinathan akui silap percaturan

Iklan
Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca (tengah) diasak oleh pemain Felda United, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (kanan) pada perlawanan pertama bagi saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam, hari ini. Keputusan separuh masa pertama Selangor 2-1 Felda United.- Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua Jurulatih Selangor, B Sathinathan mengakui kelekaan pemain yang tidak menumpukan perhatian untuk mengawal pemain Felda United sepenuhnya mengakibatkan pasukannya sekadar seri 2-2 pada perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia malam tadi.

Ketua jurulatih skuad The Red Giants itu berkata pemain yang berasa selesa selepas mendahului 2-0, hilang fokus menyebabkan segala percaturan pada aksi di Stadium Shah Alam, di sini tidak menjadi.

Iklan
Iklan

"Pada separuh masa kedua, 30 minit pertama kita banyak menghasilkan peluang tetapi gagal memanfaatkannya dan apabila Felda mendapat penalti pada minit ke-85 saya akui ia kesilapan mudah yang dibuat oleh pemain saya," katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan itu.

Beliau yakin pemainnya akan bangkit dalam lima perlawanan akan datang dan menunjukkan persembahan yang lebih baik.

Iklan

Sementara itu, pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil memuji semangat ditunjukkan oleh anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan.

"Untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0 memang saya tidak jangkakan kerana kami bermain di Selangor, tetapi saya bernasib baik kerana pemain percaya sesama sendiri, bangkit melawan.

Iklan

"Mungkin pada separuh masa pertama kita kurang fokus, mudah dibolosi," katanya.

Pada perlawanan itu, Selangor mendahului perlawanan menerusi jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-33 dan berselang tujuh minit pemain Import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun menggandakan jaringan.

Pada minit ke-41, Felda United merapatkan defisit perlawanan menerusi D.Christie Jayaseelan sebelum Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85. - Bernama