MB Johor tetap hadir sesi townhall Pasir Gudang

Iklan
Kenderaan rasmi Menteri Besar Johor, menuju ke Stadium Tertutup Pasir Gudang melewati himpunan.

PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hadir sesi townhall isu-isu semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini hari ini.

Kenderaan rasmi Menteri Besar bersama rombongan kerajaan negeri tiba di pekarangan Stadium Tertutup Pasir Gudang sekitar jam 9.50 pagi.

Iklan
Iklan

Meskipun mendapat kecaman teruk pelbagai pihak berhubung kejadian di Pasir Gudang, beliau tetap hadir untuk turut serta dalam sesi tersebut.

Ketibaan beliau turut disambut oleh lebih 50 individu dipercayai mewakili Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam Sekitar yang berhimpun secara aman sejak jam 9 pagi di luar pekarangan stadium.

Iklan

Mereka berhimpun sambil memegang plakad antaranya tertera ‘MB Johor Bisu’, ‘No More Air Pollution’ ‘Pergi Sekolah Untuk Belajar Bukan Hidu Kimia’ dan ‘MB Johor Abaikan Rakyat Pasir Gudang’.

Selain itu, terdapat seorang individu daripada kumpulan tersebut cuba untuk menahan kenderaan membawa Menteri Besar, tetapi dihalang oleh pihak berkuasa yang bertugas.

Iklan