Berdiri tengah jalan kutip derma

Iklan
Suasana yang dapat disaksikan di sepanjang jalan dari Serang sampai ke Pandeglan.
SERANG, INDONESIA - Perjalanan Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selat Sunda bersama NGO Serantau Muslim yang terbantut susulan banjir di Anyer memerlukan sekurang-kurangnya empat jam untuk melalui jalan alternatif.

Sepanjang perjalanan berpatah balik dari Chilagon menuju ke Banten, kenderaan dinaiki melalui wilayah Serang Timur.

Dari Serang sampai ke Pandeglan terdapat pemandangan yang menjadi tanda tanya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Ramai anak muda lelaki dan wanita berdiri di tengah-tengah jalan sambil memegang kotak.

Kadang-kadang ada kenderaan yang berhenti menghulurkan sesuatu pada kotak kotak tersebut.

Rupa-rupanya menurut Pak Asep Abdul Anwar, 62, anak-anak remaja dan belia di kawasan itu mengutip derma untuk mangsa tsunami di Banten.

Menurut Pak Asep aktiviti itu sudah berjalan beberapa ketika selepas kejadian bencana yang meragut nyawa ratusan penduduk setempat.

Namun tindakan mereka itu dilihat berbahaya kerana tinjauan Sinar Harian mendapati mereka berdiri sama ada di tengah jalan atau di tepi jalan raya yang sibuk.