Anggota polis dukung mangsa kemalangan dicakar isteri

Iklan
Gambar seorang anggota polis mendukung mangsa kemalangan tular di media sosial sekali gus membangkitkan kemarahan isterinya.

BANGKOK - Seorang anggota polis Thailand terpaksa dimasukkan ke hospital akibat cedera di bahagian muka selepas diserang isterinya.

Difahamkan, isteri anggota polis terbabit naik berang selepas melihat gambar suaminya mendukung seorang mangsa kemalangan yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Dalam gambar tersebut, anggota polis terbabit dilihat membawa keluar seorang wanita dari kawasan semak selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kecelakaan jalan raya.

Apa yang membangkitkan kemarahan si isteri ialah tindakan spontan suaminya mendukung wanita muda tersebut, meskipun terdapat dua lagi lelaki yang boleh membantu mangsa.

Iklan

Netizen menganggap anggota polis terbabit tidak bernasib baik kerana mendapat isteri yang cemburu buta.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna media sosial beranggapan lelaki itu mengambil kesempatan ibarat sambil menyelam sambil minum air. - Agensi

Iklan