Wanita warga Rohingya dibelasah sebelum dirogol rakan senegara

Iklan
Gambar kecil: Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Rohingya dibelasah sebelum dirogol dua lelaki dikenali yang menceroboh masuk ke rumahnya di Manir, di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 30-an sedang berehat di luar rumah berseorangan sebelum dikejutkan dengan kedatangan dua lelaki yang juga rakan senegaranya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, tanpa sempat bertanyakan tujuan mereka datang salah seorang daripada suspek terus menarik tangan mangsa sambil menutup mulutnya.

Jelas sumber, mangsa yang meronta minta dilepaskan terus ditampar sebelum seorang lagi suspek bertindak memeluk dan mengangkatnya masuk ke dalam rumah.

Iklan

"Setibanya di ruang tamu rumah, salah seorang daripada mereka menarik kain mangsa sebelum bertindak merogolnya.

"Selepas itu, mereka bergilir-gilir merogol mangsa yang ketika itu dalam keadaan sudah tidak berdaya sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Kata sumber, mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian nekad membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kedua-dua suspek berjaya ditangkap pada keesokan harinya (Khamis) sejurus selepas laporan diterima.

"Kedua-dua mereka kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.