Akaun FB palsu guna nama, gambar Muhammad Adib?

Iklan
Akaun Facebook palsu menggunakan nama Allahyarham Muhammad Adib Moh Kassim.

SHAH ALAM - Pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim 17 Disember lalu dirasai seluruh rakyat Malaysia yang turut bersedih dengan kehilangannya.

Lebih seminggu selepas pemergiannya, Sinar Harian mendapati wujud satu akaun di Facebook, dipercayai akaun palsu menggunakan nama Allahyarham dan gambarnya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pemerhatian, status dimuat naik dalam ‘page’ itu berkisarkan simpati dan perasaan sedih atas kehilangan wira negara itu namun ada beberapa netizen tidak berpuas hati dengan kewujudan akaun itu.

Malah, ada yang mendesak supaya akaun tersebut dipadam dan menganggap ia mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku serta tidak menghormati keluarga Allahyarham.

Iklan

"Diminta beramai-ramai report page ni... admin page ni ibarat tidak menghormati perasaan keluarga arwah dan perasaan bekas tunang arwah...,” tulis seorang netizen.

Bukan itu sahaja, ada netizen mendakwa akaun itu dicipta hanya untuk mengejar populariti.

Iklan

"Tak payah laa pandai-pandai buat page palsu atas nama arwah. Kau nak glamor buat laa page nama sendiri,” tulisnya.

Sinar Harian mendapati terdapat lima gambar dimuat naik bermula 18 Disember lepas dan salah satunya gambar arwah bersama tunangnya, Nurul Najihah Radzi dengan status"Tidak boleh meninggalkan cinta Facebook dan berkongsi..! #rip #muhammadadibmohdkassim”.

Tidak dapat dipastikan tujuan utama kewujudan akaun ini kerana sehingga hari ini, tiada status berbentuk provokasi, meminta derma atau menjual barang dimuat naik.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan Nurul Najihah menyelar beberapa pencipta akaun palsu itu kerana sengaja mengambil kesempatan untuk melakukan perniagaan atas kedukaan orang lain.

Menurutnya, sepatutnya mereka perlu menghormati diri dan situasi yang berlaku sekarang.

"Kepada pencipta fake account, jangan seronok sangat ambil kesempatan dengan situasi sekarang. Respect orang sama.

"Nampak benda ni macam kecil, tapi mental aku hampa mainkan. Saya masih boleh bercakap cara baik, jangan sampai saya guna cara kasar.

"Guna kesempatan untuk naikkan perniagaan, nak cepat famous, tak berbaloi. Tolong ya,” tulisnya dalam laman Instagramnya.