APM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan ketika jerebu

Iklan
Gambar hiasan

MACHANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh negara kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang tempoh jerebu di beberapa negeri sejak empat hari lepas.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab berkata, semua pengarah APM di peringkat negeri sudah dimaklumkan supaya peka dengan perkembangan semasa keadaan jerebu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini keadaan jerebu di beberapa negeri dilaporkan berada pada tahap sederhana namun saya sudah maklumkan kepada semua pengarah sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan dalam tempoh itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Siswi Pertahanan Awam (Sispa) Challenge dan Majlis Pentauliahan Pegawai Bersekutu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UiTM Machang di sini hari ini.

Iklan

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Jailan Simon dalam satu kenyataannya berkata, keadaan jerebu yang melanda negara dijangka berterusan susulan kewujudan 31 titik panas dikesan pada Jumaat.

Beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak ketika ini berhadapan dengan masalah jerebu susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia sejak empat hari lepas.

Iklan

Dalam pada itu, Roslan berkata, Sispa Challenge yang berlangsung selama empat hari bermula 1 Ogos lalu itu disertai seramai 175 Sispa dari lima UiTM membabitkan UiTM Shah Alam, Puncak Perdana, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Ia sebagai persediaan untuk cabaran pentauliahan di Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 Ogos nanti, manakala lima kakitangan UiTM Machang ditauliahkan sebagai Pegawai Bersekutu.

"Kira-kira 5,000 Sispa diberikan pentauliahan sejak 10 tahun lepas dan APM kini dalam proses mewujudkan sistem data yang dikenali sebagai E-Sispa bagi menyelaraskan keseluruhan anggotanya secara lebih sistematik di seluruh negara. - Bernama