Awas, ular masuk rumah!

Iklan
Spesies ular sawa antara yang terbanyak ditangkap memasuki kediaman penduduk.

PASIR MAS - Persekitaran rumah yang kotor dan dipenuhi semak samun menjadi tarikan kepada ular untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat berlindung sekaligus mengundang bahaya kepada penghuni.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, kawasan itu menjadi pilihan reptilia tersebut disebabkan oleh persekitarannya yang lembap.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan kes tangkapan yang kita kendalikan itu berhampiran kawasan rumah yang kotor selain dipenuhi semak samun.

"Jadi nasihat kami, luangkanlah masa untuk membersihkan kawasan rumah dan persekitaran daripada kekotoran," katanya.

Iklan

Mohd Arif berkata, persekitaran yang bersih dapat menghalang reptilia itu daripada singgah dan bersarang berhampiran kawasan rumah khususnya bagi mereka yang tinggal berdekatan sawah padi.

Menurutnya, selain itu faktor cuaca panas turut menjadi penyumbang reptilia tersebut keluar dari habitatnya dan singgah di kawasan rumah untuk 'menumpang' buat sementara.

Iklan
Anggota APM menunjukkan salah seekor ular sawa seberat 20 kilogram yang berjaya ditangkap.

Mohd Arif berkata, sepanjang Januari hingga Julai sebanyak 100 ekor ular pelbagai jenis telah berjaya ditangkap oleh APM Pasir Mas.

Katanya, antara jenis spesis ular yang masuk ke dalam kediaman penduduk serta berjaya ditangkap ialah tedung senduk, tedung selar, sawa dan sebagainya.

"Saiz paling besar yang pernah kita tangkap ialah ular sawa seberat 100 kilogram," katanya.

Mohd Arif berkata, tangkapan itu merangkumi kawasan Pasir Mas dan Rantau Panjang.

"Kesemua ular yang ditangkap itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, kesemua anggota yang mengendalikan kes ular dan haiwan berbisa sudah terlatih serta mempunyai pengalaman luas.