Ucapan berbaur fitnah: Teresa tuntut ganti rugi RM30 juta

Iklan
Teresa Kok

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menuntut Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah membuat permohonan maaf selain memohon ganti rugi sebanyak RM30 juta, atau jika tidak bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkannya dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.

Dalam surat tuntutan bertarikh 26 Disember, menerusi firma guaman, SNNair & Partners, Teresa menyatakan bahawa pada 25 Disember pada satu perhimpunan yang diadakan di Dataran Seni Klang, Selangor, Azwanddin sebagai presiden JMM telah membuat ucapan yang bersifat menghina dan berbaur fitnah terhadap Teresa.

Iklan
Iklan

Surat itu menyatakan bahawa ucapan tersebut mengandungi kata-kata fitnah yang ditutur dan/atau diterbitkan oleh Azwanddin mengenai Teresa yang mengikut pengertian biasa dan makna semula jadi difahamkan bermaksud antara lain bahawa anak guamnya bersifat rasis, telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri dan bertindak secara tidak adil, tidak jujur dan tidak beretika sebagai seorang menteri.

"Oleh itu, kami diarahkan untuk menuntut daripada anda, yang kami lakukan dengan ini, menarik balik dengan segera ucapan dan kata-kata yang dipertikaikan itu dan mengugur dan menarik balik semua komen yang berbaur fitnah dengan serta-merta dengan memohon maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh kami sebagai peguamcara, dan disiarkan dalam akhbar atau media pilihan anak guam kami dan jaminan oleh kamu untuk tidak mengulangi dakwaan dan komen yang sama,” kata kenyataan itu.

Iklan

Surat itu menyatakan bahawa Teresa telah mengarahkan firma guaman tersebut untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Teresa tercemar.

Surat itu menyatakan jika firma guaman tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini, anak guamnya telah mengarahkan firma guaman tersebut untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap JMM dan Azwanddin.

Iklan

Ia menyatakan kata-kata yang terkandung dalam ucapan terhadap Teresa merupakan fitnah bertulis dan/atau fitnah lisan terhadapnya yang sangat berat dan telah menyebabkan anak guamnya mengalami kesengsaraan dan malu dan mencemarkan reputasinya dan bahawa komen itu adalah palsu, berniat jahat serta serangan terhadapnya adalah tidak wajar sama sekali.

Surat itu juga menyatakan bahawa kata-kata yang diucapkan dan diterbitkan adalah tidak benar sama sekali, menyusahkan, alasan yang didapati salah, cuai yang melampau, terdesak dan bertujuan untuk merosakkan nama baik Teresa dari kaca mata umum, baik di dalam negara dana antarabangsa dan mendedahkannya kepada kemeluatan, cemuhan dan kebencian masyarakat.

Surat itu menyatakan bahawa kata-kata itu juga telah dirancang terlebih dahulu untuk mencemarkan, memfitnah dan merosakkan nama baik dan keperibadian Teresa. - Bernama