Lelaki dihanyutkan kepala air ketika berkelah bersama keluarga

Iklan
Gambar hiasan

TAIPING - Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada anggota keluarga itu dikhuatiri lemas, petang ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, kejadian berlaku kira-kira 3 petang tadi.

Iklan
Iklan

Katanya saksi memaklumkan, semasa kejadian mangsa Jastine Michael, 24, berada di atas seketul batu sebelum tiba-tiba dihanyutkan kepala air deras.

"Sebaik menerima panggilan kira-kira 3.30 petang, sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan gerakan mencari mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi.

Iklan

Rafeel berkata, usaha mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meliputi jarak sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi mencari akan diteruskan sehingga tengah malam ini dan akan bersambung esok pagi sekiranya mangsa masih tidak ditemui. - Bernama

Iklan