BANTEN, INDONESIA - Nampaknya perjalanan ke lokasi berlakunya tsunami di Banten, Indonesia susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau, Sabtu lalu memang tidak mudah.
Malah sehingga artikel ini ditulis kira-kira 6 petang waktu tempatan, penulis dan rakan-rakan dalam Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selat Sunda bersama NGO Serantau Muslim masih belum tiba ke lokasi dituju.
Pelbagai halangan terpaksa kami hadapi sampaikan ketika sudah dua jam pemanduan ke wilayah Banten, terpaksa pula berpatah balik kerana kawasan laluan di Anyer banjir sehingga paras air naik kepada empat meter tengah hari tadi.
Akhirnya mahu tidak mahu, kami terpaksa berpatah balik menggunakan laluan alternatif yang jaraknya sejam pemanduan sebelum memasuki laluan kampung yang sibuk dan banyak selekoh.
Menurut pemandu kami, Pak Asep Abdul Anwar hanya ada dua jalan menuju ke pusat penempatan sementara di Labuan, Banten yang menjadi destinasi pertama kami.
Letih, penat, mengantuk memang terasa kerana berjaga sepanjang malam sebelum penerbangan awal pagi tadi ke Jakarta, ditambah menaiki kereta sejak jam 11 pagi sehingga ke malam.
Tapi memikirkan misi kami hanya tiga hari, kami kembali segar dan bertenaga.
Acap kali soalan ditanya kepada pak supir pastinya,"pak, jauh lagi ke?' dan jawapannya sudah pasti juga,"masih jauh".
Satu lagi cabaran pastinya kesesakan lalu lintas yang betul-betul menguji kesabaran ditambah dengan hujan yang turut menyebabkan jalan licin.
Berbalik kepada kisah kad sim lain pula ceritanya. Sebelum ini saya dikhabarkan rakan-rakan yang pernah ditugaskan ke kawasan bencana beberapa bulan lalu, mudah saja untuk mendapatkan kad sim untuk penggunaan internet.
Tapi ternyata, peraturan kerajaan Indonesia sudah berubah sekelip mata.
Bukan warganegara tidak boleh lagi membeli kad sim atau mereka panggil 'kartu sim'!
Kami cuba tanya di lapangan terbang tapi caj dikenakan terlampau mahal untuk 20GB mencecah 500,000 Rupiah kira-kira RM143.
Maka kami cuba ke kedai di luar tapi responsnya betul-betul mengecewakan kami.
"Enggak bisa kak, dulu bisa tapi sekarang hanya boleh didaftarkan guna kad pengenalan Indonesia yang sah," kata si penjual.
Setelah hampir sejam bertanya dan cuba mencari solusi akhirnya kami putus asa.
Namun rezeki kami agak baik kerana akhirnya peniaga itu menawarkan bantuan maka tersenyum lebarlah kami.
Penjelasan peniaga itu terlalu panjang dan rumit untuk dijelaskan kembali tapi apa pun, rujuklah pihak berkaitan sekiranya mahu membeli kad sim di Indonesia pada masa akan datang.
Oh ya untuk menukar wang, saya belajar tips yang terbaik. Pergi kaunter tukaran wang asing dan tanya berapa harga (RM) untuk sekian sekian wang negara yang anda nak tuju.
Logiknya, kita bayar mengikut nilai disebutkan dan pengurup tidak ada alasan lagi beri nilai tidak cukup pada kita kerana tiada wang kecil.
Contohnya, saya mahu 300,000 rupiah Indonesia, maka saya tanya berapa RM saya perlu bayar? Pengurup beritahu RM87.60 maka saya bayar nilai disebut itu sahaja.
Semoga urusan kami dipermudahkan esok dan seterusnya demi membantu mangsa tsunami di sini.
Doakan keselamatan kami dan penduduk di kawasan sekitar Banten.