Dalang sebar video lama dikenal pasti

Iklan
Ariffin Deraman (kiri) dan Mohd Harun Isa

KUALA NERUS - Dalang yang menyebarkan video lama tarian separuh bogel dan orang ramai sedang minum arak secara terbuka di Pantai Long Beach di Pulau Perhentian kini sedang dikenal pasti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, isu berkenaan sebenarnya sudah pun diambil tindakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) sebelum ini dan menyifatkan penularan video lama tersebut tidak sepatunya berlaku.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut menegaskan, pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti-aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian dan tiada sebarang permit dikeluarkan bagi mengadakan aktiviti sedemikian.

"Selepas peristiwa itu, (kita) tak ada maklumat, sehingga berlaku beberapa hari lalu (tular video lama tarian separuh bogel dan orang ramai sedang minum arak secara terbuka) mengejutkan kita.

Iklan

"Insya-ALLAH, kita sedang mengambil tindakan. Kita sedang mengenal pasti siapa dalangnya dan kita (kerajaan negeri) berpendirian perkara ini tidak patut berlaku,” katanya ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Pemuda Pas Terengganu menaruh keyakinan tinggi terhadap kerajaan negeri dalam mempertahankan dasar Darul Iman bagi mencegah dan mengawal perkembangan isu sosial.

Iklan

Ketua penerangannya, Mohd Harun Isa berkata, pihaknya turut memandang serius isu sosial yang berlaku kerana ia melibatkan imej Terengganu yang terkenal dengan adat ketimuran.

Katanya, minggu lalu, Terengganu sekali lagi menjadi fokus apabila tular beberapa berita di media sosial dan media perdana mengenai beberapa kisah yang melibatkan permasalahan sosial.

"Bermula dengan kisah muda-mudi di Pantai Seberang Takir, kisah pelacuran suami isteri dan paling hangat adalah pub haram di Pulau Perhentian.

"Kita percaya, pihak berkuasa dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui penguat kuasa syariah akan segera bertindak dan tidak berdiam diri untuk mengatasi permasalahan tersebut," katanya.

Dalam masa sama katanya, Pemuda Pas Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dan agensi bagi mengatasi segala gejala sosial yang cuba dihidupkan di negeri berkenaan.

"Kita juga menyeru semua pihak termasuk orang awam untuk bekerjasama dalam membanteras dan mengatasi gejala sosial yang cuba ditimbulkan bagi memastikan Terengganu terus diberkati dan kekal sejahtera," katanya

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis nafi ada pesta tarian separuh bogel di Terengganu