Tak berhasrat ambil alih kepentingan syarikat penapisan minyak

Iklan

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) hari ini berkata, ia tidak berhasrat untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat penapisan minyak Bina, India.

Bagaimanapun, dalam kenyataan, syarikat minyak negara itu menyatakan India kekal sebagai pasaran utama bagi operasinya.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Petronas dan sebuah konsortium diterajui syarikat Jepun JXTG Holdings Inc, dilaporkan berminat untuk membeli kepentingan dalam syarikat penapisan minyak itu.

Kilang penapisan itu, terletak di tengah India, berkeupayaan memproses 156,000 tong minyak mentah sehari (bpd) dan dikendalikan oleh Bharat Oman Refineries Ltd (BORL), usaha sama 50-50 antara Oman Oil Co dan syarikat milik kerajaan Bharat Petroleum Corp (BPCL).

Iklan
Iklan

BPCL merancang menggandakan kapasiti kilang penapisan itu dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina sebuah kompleks petrokimia yang mmerlukan pelaburan kira-kira AS$7.24 bilion. - Bernama