Permohonan maaf tak selesaikan isu pencemaran Pasir Gudang

Iklan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BAHRU - 'Ia tidak lebih dari sekadar mohon maaf', itu reaksi Naib Presiden UMNO terhadap permohonan maaf Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika sesi townhall isu-isu semasa Pasir Gudang semalam.

Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled, kenyataan Sahruddin itu tidak disusuli dengan penjelasan agar tragedi sama tidak berulang.

Iklan
Iklan

"Ia tidak disusuli dengan sebarang penjelasan tentang apakah pelan dan strategi kerajaan negeri untuk menguruskan insiden ini yang masih belum selesai sepenuhnya. Apakah pelan bagi mengukuhkan pengurusan dan pemantauan pihak berkuasa tempatan (PBT)?

"Adakah wujud sebarang pampasan kepada mangsa dan keluarga daripada pihak yang bertanggungjawab? Adakah kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan akan menyalurkan sebarang bantuan atau sumbangan kepada para mangsa dan keluarga mereka?" katanya.

Iklan

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, walaupun kesal dan berasakan sudah terlambat, beliau percaya Menteri Besar kini bersedia untuk berhadapan dan menguruskan perkara itu dengan cara lebih terbuka.

"Paling penting, bilakah kerajaan negeri akan mendedahkan nama pihak-pihak yang dituduh bertanggungjawab?

Iklan

"Sebaliknya saya harap beliau faham bahawa mohon maaf semata-mata tidak akan pulihkan keadaan dan menyelesaikan isu," katanya.

Katanya, beliau yakin semua pihak harus menyumbang dengan kapasiti masing-masing.

"Semoga penyelesaian dan pengakhiran yang baik akan dapat kita capai dalam bersama berusaha agar perkara yang sama tidak berulang lagi sama sekali," katanya.

Semalam, Sahruddin dalam ucapannya mengakui mungkin ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki.

Sebagai Menteri Besar, beliau dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya akan usaha baiki kelemahan: MB Johor