Cara mengurangkan kegatalan perut ketika hamil

Iklan
Kegatalan perut akan membuatkan ibu hamil rasa tidak selesa dan rimas.

KEGATALAN kulit perut ketika hamil memang merunsingkan para ibu. Mana tidaknya, ia akan meninggalkan parut yang boleh memburukkan rupa perut anda.

Pun begitu, kegatalan perut boleh dikurangkan dengan langkah-langkah berikut. Jom try!

Iklan
Iklan

1) Pastikan kuku anda sentiasa pendek dan ratakan hujung-hujung yang tajam. Kikis kuku anda supaya ia licin. Ini dapat membantu mengurangkan kesan calar pada kulit jika anda perlu menggarunya.

2) Jika anda menggaru kulit semasa tidur, sarungkan stokin pada tangan anda untuk mengurangkan kecalaran kulit akibat digaru.

Iklan

3) Jika anda benar-benar perlu menggaru, jangan gunakan kuku. Sebaliknya, cuba geselkan dengan kulit tangan atau gosok bahagian yang gatal tersebut.

4) Tukar cadar dan selimut anda secara kerap, cadar dan selimut yang dingin dan segar amat melegakan apabila anda mempunyai masalah kegatalan.

Iklan

5) Elakkan daripada berasa terlalu panas ketika di atas katil. Cuba gunakan selimut benang kapas yang ringan dan nipis untuk melindungi diri daripada kesejukan dan bukan gebar yang tebal dan berat.

6) Jika pasangan anda mengeluarkan banyak haba semasa tidur, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengasingkan tempat tidur. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

7) Jika anda menggunakan selimut elektrik, pelarasan pada takat hangat dan bukan panas mungkin boleh membantu anda untuk tidak berasa terlalu gatal.

8) Jika anda mempunyai haiwan peliharaan di dalam rumah, pastikan kesemuanya dinyah kutu dan cacing secara kerap. Sikat bulunya dua hari sekali dan buang bulu yang tanggal dengan teliti. Epidermis atau sisik haiwan yang terdiri daripada sel-sel kulit boleh menambah kerengsaan pada kulit yang gatal.

9) Cuba fikirkan jenama dan jenis deodoran yang sedang anda gunakan. Sesetengah wanita mempunyai kulit yang lebih sensitif semasa mengandung dan mendapati bahawa mereka tidak lagi boleh menggunakan jenama kelengkapan dandanan peribadi biasa mereka pakai.

10) Pertimbangkan semula detergen basuhan anda.

Membeli detergen khusus untuk kulit sensitif dengan haruman yang rendah atau tanpa haruman boleh membantu. Membiasakan dengan amalan membilas pakaian yang akan anda pakai beberapa kali juga mungkin boleh membantu.

Sumber: Huggies