MELAKA TENGAH - Polis Melaka mengutip lebih RM1.3 juta hasil bayaran daripada 11,114 saman sempena tawaran diskaun 50 peratus program pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir bermula Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hassan Basri Yahya berkata, tawaran selama dua hari itu memberi peluang kepada pesalah trafik untuk menjelaskan bayaran saman tunggakan mereka menerusi kaunter yang dibuka seawal jam 8.30 pagi.