JOHOR BAHRU - Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Tun Abdul Razak menghala JB Sentral, di sini seperti yang tular dalam satu rakaman video di media sosial Facebook, hari ini akan disiasat polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya juga sudah menerima rakaman video menunjukkan aksi berani dan melanggar kesalahan jalan raya itu.