AMK Johor sokong Anwar jadi Perdana Menteri kelapan

Iklan
YUNESWARAN

JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyokong penuh pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perdana Menteri kelapan.

Angkatan Muda Keadilan Johor telah bermesyuarat pada 4 Ogos lalu dan telah bersetuju dengan sebulat suara berdasarkan tiga perkara yang dibincangkan.

Iklan
Iklan

"Justeru, AMK menyarankan agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak mengungkit soal peralihan kuasa di khalayak umum.

"Sebaliknya, gunakan saluran yang betul iaitu dalam Majlis Presiden PH jika ada pihak mempertikaikan perjanjian," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Iklan

Yuneswaran berkata, semua pemimpin dan anggota PH harus menghormati resolusi dan perjanjian yang telah dipersetujui secara konsensus dalam konvensyen PH pada 7 Januari tahun lalu.

"Ini termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Iklan

"Selain itu, pembebasan Datuk Seri Anwar menerusi pengampunan Diraja dan beliau menjadi Perdana Menteri kelapan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya Dr Mahathir dan Anwar mempunyai persefahaman dan pengalaman dalam urus tadbir untuk menerajui negara ini.

"Mohon semua pemimpin PH khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan mahupun dalam kerajaan negeri memberi tumpuan yang penuh dan membantu Perdana Menteri dan kerajaan untuk menunaikan janji-janji manifesto dan selesaikan isu-isu rakyat.

"Kami AMK Johor menyeru semua anggota PKR juga untuk menghormati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak membina dan berfaedah kepada rakyat Malaysia," katanya.