Wan Azizah ucap selamat ulang tahun perkahwinan buat Tun M

Iklan
Paparan skrin ucapan Dr Wan Azizah buat Dr Mahathir.

HARI ini genap 63 tahun usia perkahwinan pemimpin kesayangan ramai, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hamah Mohamad Ali.

Tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Instagramnya miliknya.

Iklan
Iklan

"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 63 buat Tun Mahathir dan Tun Hasmah. 63 tahun angka yang amat menakjubkan,” tulisnya berserta tanda pagar #RelationshipGoal.

Rata-rata pengikut Dr Wan Azizah juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan buat Tun Mahathir.

Iklan

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke 63 YAB Tun Mahathir dan Tun Hasmah. Semoga bahagia hingga je Jannah,” tulis Zainal2014.

"Semoga ALLAH melimpahkan hidayah dan petunjuk yang tidak putus-putus kepada keduanya. Aamin,” tulis Suhana-sabudin.

Iklan

"Masya ALLAH semoga Tun M dan Tun Hasmah selalu bersama dan bahagia. Dikurniakan kesihatan yang terbaik dan keberkatan umur yang panjang. Aamin Ya Rabbalalamin,” menurut Evamarlena16.

Dr Mahathir dan Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata termasuk tiga anak angkat.