Tetap bantah operasi Lynas

Iklan
Gambar kecil: Wong Tack

KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong tetap dengan pendirian tidak bersetuju Lynas Sdn Bhd (Lynas) beroperasi di negara ini.

Wong Tack yang merupakan Pengerusi Himpunan Hijau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kilang memproses nadir bumi itu kerana keputusan itu merupakan keputusan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selama hampir tujuh tahun operasi Lynas tidak memenuhi kriteria yang diperlukan dalam memastikan kesejahteraan, kesihatan dan alam sekitar.

"Ini merupakan aspirasi rakyat Pahang khususnya penduduk di Kuantan yang tidak mahu Lynas berada di negeri ini kerana sisa pembuangan radioaktif yang disimpan boleh memudaratkan kesihatan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lynas: Kerajaan tersepit kerana pinjaman Jepun, kata Fuziah

Lanjut permit Lynas bukan keputusan paling ideal: Menteri

Iklan

"Kita tetap akan menentang, ini perjanjian kita pada rakyat dan mereka juga tidak mematuhi syarat undang-undang yang ditetapkan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Wong Tack berkata, Lynas secara terang-terangan telah melanggar undang-undang di Malaysia serta tidak mematuhi gerak kerja yang telah digariskan oleh undang-undang antarabangsa.

Namun, jika kerajaan berpendirian untuk membenarkan Lynas beroperasi, kajian teliti secara sepenuhnya harus dilakukan supaya tidak meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat untuk jangka masa panjang.

"Kalau betul kerajaan nak menjana pendapatan melalui radioaktif, sila berikan penjelasan dengan terperinci selain disokong oleh fakta dan angka yang betul kepada rakyat kerana kami badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif sudah punya banyak bukti dan fakta Lynas melakukan kesalahan.

"Beritahu kami berapa banyak dah negara mendapat perolehan daripada Lynas? Adakah sememangnya menguntungkan dan apakah perolehan masa depan yang diharapkan? Tunjukkan pada kami adakah ia tidak memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar," katanya.

Tambahnya, pihaknya tidak mahu kerajaan PH menjadi seperti kerajaan terdahulu yang lebih mementingkan keuntungan negara daripada kesihatan rakyat.

"Kerajaan BN terdahulu telah membenarkan Lynas beroperasi di negara ini akibat tamak dan kebodohan mereka.

"Bagaimanapun tidak logik akal jika kerajaan PH tidak melakukan sesuatu dan masih menyokong salah laku ini," katanya.