Dengar Best FM dalam Bas Muafakat Johor

Iklan
Yusry (tiga dari kanan) dan Azwan (tiga dari kiri) menyempurnakan Pelancaran Bas Best FM Photoshoot Penyampai Bas Best FM di Dataran Mahkota, Kota Iskandar.

ISKANDAR PUTERI - Best FM menjalin kerjasama dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dalam mengatur langkah strategik mempromosikan stesen radio berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Best FM, Yusry Abu Samah berkata, kerjasama itu dibuat menerusi Bas Muafakat Johor (BMJ) iaitu Bas Best FM selama tiga bulan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkhidmatan Bas Best FM itu akan menghiburkan para penumpangnya dengan siaran radio Best FM sepanjang perjalanan.

"Selain itu, mereka turut berpeluang menyaksikan tayangan video aktiviti-aktiviti stesen Best FM.

Iklan

"Sebanyak tiga buah bas yang telah 'diwrap' wajah-wajah penyampai kami sebagai salah satu strategi mempromosi dan memperkenalkan mereka laluan-laluan terpilih.

"Di samping itu, ia bertujuan menarik orang ramai agar terus mendekati dan mendengar stesen radio kami," katanya.

Iklan
Para penyampai Best FM di hadapan Bas Best FM.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancarannya dan sesi fotografi penyampai Bas Best FM di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan PAJ, Azwan Amin.

Yusry berkata, orang ramai berpeluang menaiki Bas Best FM ini iaitu bas P-211, laluan masuk bermula dari Terminal Taman Universiti-Jalan Kebudayaan 21-Jalan Pendidikan-Jalan Universiti-Lingkaran Ilmu-Jalan Stadium-Jalan Ladang-Skudai Pontian Highway-Jalan Skudai-Jalan Tun Razak-Jalan Kenyalang-Larkin Sentral.

"Bagi laluan keluar bermula daripada Larkin Sentral-Jalan Kenyalang-Jalan Tun Abdul Razak-Jalan Skudai-Skudai Pontian Highway-Jalan Ladang-Jalan Stadium-Lingkaran Ilmu-Jalan Universiti-Jalan Pendidikan-Jalan Kebudayaan 21-Terminal Taman Universiti yang mana waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 7.15 malam," katanya.

Beliau berkata, bagi bas P-411, laluan bermula dari Jalan Lengkongan-Jalan Besar-Lebuhraya Senai-Jalan Skudai-Jalan Tun Abdul Razak-Jalan Datin Halimah-Jalan Kenyalang.

"Laluan keluar pula bermula dari Jalan Garuda 2-Jalan Kenyalang-Jalan Datin Halimah-Jalan Tun Abdul Razak-Jalan Skudai-Lebuhraya Senai-Jalan Besar-Jalan Lengkongan yang mana waktu operasi bermula jam 6 pagi hingga 5 petang," katanya.

Perkhidmatan Bas Best FM itu akan menghiburkan para penumpangnya dengan siaran radio Best FM sepanjang perjalanan.

Beliau berkata, bagi bas P-311 pula, laluan masuk dari Jalan Mawar Biru, Jalan Bandar-Jalan Pasir Gudang-Jalan Rinting-Jalan Ketapang-Jalan Kota-Jalan Lebuhraya Pantai Timur-Jalan Pasir Pelangi-Jalan Stulang Darat-Jalan Lingkaran Darat-Jalan Tanjung Puteri-Jalan Jim Quee-JB Sentral.

"Manakala, laluan keluar pula bermula dari JB Sentral-Jalan Jim Quee-Jalan Tanjung Puteri-Jalan Stulang Darat-Jalan Pasir Pelangi-Jalan Lebuhraya Pantai Timur-Jalan Kota-Jalan Ketapang-Jalan Rinting-Jalan Pasir Gudang-Jalan Bandar-Jalan Mawar Biru dan waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang," katanya.

Sementara itu, Azwan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak termasuk syarikat swasta kerana turut sama mempromosikan produk PAJ.

"Walaupun BMJ telah diperkenalkan sejak tahun 2016, namun kita masih giat mempromosikannya.

"Sebagai contoh pada hari Best FM dapat mempromosikan perkhidmatan dan program mereka dan kita juga turut dapat memperluas dan menghebahkan lagi liputan kami," katanya.