Jalur Gemilang kebanggaan kita

Iklan

MASUK sahaja bulan Ogos rakyat Malaysia mula memasang Jalur Gemilang di rumah-rumah, premis perniagaan, bangunan kerajaan dan juga di tempat-tempat awam.

Ini adalah tanda penghormatan rakyat terhadap negara pada bulan Ogos yang sinonim dengan sambutan hari kemerdekaan negara.

Iklan
Iklan

Menyentuh mengenai pemasangan Jalur Gemilang, berapa ramaikah dalam kalangan kita yang mengambil berat tentangnya.

Jalur Gemilang sepatutnya dikibarkan setiap masa dan bukannya apabila tiba bulan Ogos sahaja.

Iklan

Malah ada juga yang tidak mengambil peduli mengenai Jalur Gemilang. Ada yang kibarkan Jalur Gemilang dengan megahnya tetapi ada juga yang kibarkan sekadar ada dengan Jalur Gemilang lusuh dan juga koyak.

Melangkau ulang tahun kemerdekaan ke-62, Jalur Gemilang bukan sahaja sekadar bendera negara tetapi ia lebih daripada itu. Ia sepatutnya diangkat ke tahap lebih tinggi yang melambangkan keperibadian dan jati diri bangsa Malaysia selaras dengan maksud setiap warna dan lambang yang ada padanya.

Iklan

Keharmonian kaum serta toleransi agama seharusnya dihormati setiap rakyat negara ini. Janganlah kita cuba mencetuskan api persengketaan kerana bimbang ia akan menghancurkan perpaduan yang kita bina sejak sekian lama.

Lihat sahaja apabila ada kejohanan-kejohanan sukan seperti bola sepak atau badminton, rakyat pelbagai kaum bersatu hati menyokong pasukan negara sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Ketika itu kita tidak rasa pun perbezaan kaum semuanya dalam semangat Malaysia yang patutnya dikekalkan dalam kehidupan seharian.

Begitu jugalah dengan Jalur Gemilang. Ia bukan sahaja untuk dikibar tetapi maksud sebenarnya yang penting untuk dihayati oleh setiap rakyat Malaysia.

Berbanggalah kita dengan Jalur Gemilang.