GOOGLE menjalinkan kerjasama dengan Advanced RISC Machine (ARM) untuk membangunkan ciri keselamatan terbaharu, memory tagging extension (MTE) sekali gus mengatasi kelemahan yang dihadapi Android 9 Pie.
Menurut syarikat gergasi antarabangsa itu, Android 9 Pie berdepan masalah disebabkan pepijat keselamatan ingatan dan ciri baharu seperti IntSan instrumentation yang direka khas untuk mengurangkan isu terbabit bagaimanapun hanya boleh dicapai melalui perisian sahaja.
Iklan
Iklan
"Pepijat keselamatan memori sebenarnya sering digunakan dalam pembangunan aplikasi Android dan sukar didiagnosis. Ciri MTE yang dibangunkan diharapkan dapat mengesan overhed yang rendah dengan dua mod pelaksanaan.
"Dengan MTE, ia mungkin dapat meniru alat yang sedia ada seperti ASAN dan HWASAN untuk pengesanan pendengaran memori yang lebih cepat dan murah. Ia juga lebih dinamik dan fleksibel, membolehkan laporan ketepatan yang tinggi di mana-mana peringkat proses pembangunan," kata sumber itu.
Google juga dikatakan akan mempertimbangkan untuk menjadikan MTE satu keperluan untuk peranti Android tertentu pada masa akan datang.