KEBIMBANGAN pelabur terhadap impak perang dagangan Amerika Syrikat (AS) dan China terbukti memberi tekanan terhadap pasaran tukaran asing yang menyaksikan ringgit dibuka lebih rendah pada pagi ini dan meneruskan prestasinya yang kurang memberangsangkan sejak minggu lepas.
Pada 9.02 pagi, ringgit berada di paras 4.1870/1900 daripada 4.1770/1800 sewaktu ditutup semalam.