Misteri 10 ayam hilang terjawab

Iklan
Anggota APM Tumpat diketuai Mohd Lokman Hakim (kanan) berjaya menangkap ular sawa batik yang kekenyangan di Kampung Kubang Batang.

TUMPAT - Misteri kehilangan 10 ekor ayam yang berlarutan selama sebulan akhirnya terjawab apabila pemiliknya menemui ular sawa batik di dalam reban di Kampung Kubang Batang, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, ular seberat lima kilogram dengan panjang 2.5 meter didapati kekenyangan dalam reban berkenaan selepas menelan seekor ayam sutera.

Iklan
Iklan

Pemiliknya, Tengku A Rahim Tengku A Kadir, 62, berkata, perkara itu disedarinya ketika melakukan rutin pagi iaitu masuk ke reban untuk memberi makan ayam peliharaan.

"Seekor ayam saya hilang, saya syak ia angkara ular senduk sebabnya sebelum ini sering menemui bangkai ayam di kawasan reban ini.

Iklan

"Tetapi pagi ini saya terkejut apabila menemui ular sawa berlingkar kekenyangan di dalam reban lalu menghubungi talian kecemasan," katanya ketika ditemui di kampung Kubang Batang di sini.

Sementara itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tumpat, Mohd Lokman Hakim Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.30 pagi.

Iklan

Beliau berkata, seramai lima anggota APM bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap reptilia tersebut.

"Ular terbabit tidak agresif disebabkan kenyang makan ayam, kami mengambil masa hanya dua minit menangkap ular itu dengan peralatan khas," katanya.