Ingat, Lee Kuan Yew mampu tulis jawi: Hadi

Iklan
Abdul Hadi Awang, Lee Kuan Yew

MARANG - Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw mampu menulis tulisan jawi, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu berkata, kemampuan dan kebolehan dua bekas pemimpin berbangsa Cina tersebut menunjukkan bahawa tulisan jawi menjadi amalan rasmi dalam urusan politik, ekonomi dan sosial.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Marang itu, penjajah melaksanakan agenda menghapuskan tulisan jawi dalam berikutan permusuhan barat terhadap Islam dan penganutnya.

"Sangat nyata golongan menentangnya adalah anak-anak penjajah atau wakilnya yang masih berada di sini, walaupun penjajah Barat itu dikatakan sudah pulang ke negara asal mereka," katanya dipetik dari Facebooknya hari ini.

Iklan

Sebelum itu beliau berkata, perkembangan ilmu di seluruh Nusantara dengan tulisan jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perantaraan di rantau ini.

"Maka, tidak ragu-ragu lagi dengan adanya penemuan dicuri barat masih tersimpan di negara-negara Inggeris, Belanda, dan Perancis. Bukan sahaja dalam ilmu agama dan sastera, bahkan termasuk ilmu perubatan dan lain-lain.

Iklan

"Bahkan tawanan Melayu yang dipaksa belayar mengelilingi dunia oleh kapal penjajah membawa ketinggian keilmuan ini dalam pelayaran, ketenteraan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, tulisan jawi mendekatkan penganut Islam dengan pendidikan agama Islam dan bahasa al-Quran sehingga penduduk pelbagai kaum di Nusantara membaca al-Quran dengan fasih seperti orang Arab.

"Jangan jadi Melayu yang lupa bahawa dokumen Perjanjian Pangkor dan banyak surat rasmi kerajaan pada zaman penjajahan menggunakan tulisan jawi, sehingga kedai pajak gadai kepunyaan Cina juga dengan tulisan jawi," katanya.