KUCHING - Pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipercayai mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan berjaya mendarat dengan selamat di Pengkalan Udara Kuching di sini.
Menurut sumber, pesawat yang sepatutnya mendarat pada 12.30 tengah hari itu telah berlegar selama sejam di udara sebelum disahkan selamat mendarat.