Video remaja seksa iguana hingga mati cetus kemarahan

Iklan
Seorang remaja di Florida menghempas troli ke atas badan seekor iguana. - Folo Local10

FLORIDA - Rakaman video sekumpulan remaja menyeksa seekor iguana hingga mati menggunakan troli mencetuskan kemarahan ramai.

Dalam kejadian di Florida, kumpulan remaja berkenaan membaling objek serta menghempas troli ke atas badan seekor iguana yang terbaring.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan dalam video, seorang remaja mengambil ekor iguana yang terputus dan mencampakkannya ke arah haiwan berkenaan yang dipercayai telah mati akibat perbuatan kejam mereka.

Sepanjang rakaman video, kedengaran suara kanak-kanak dan orang ramai ketawa, mejerit malah bertepuk tangan.

Iklan

Insiden kejam itu berlaku selepas Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar Florida (FWC), memberitahu penduduk untuk membunuh iguana yang dianggap sebagai spesies invasif selain berupaya membiak dengan banyak berikutan ketiadaan pemangsa.

Namun, video terbabit turut mendatangkan rasa tidak senang buat pekerja kawalan reptilia Florida.

Iklan

"Kami dalam proses membunuh iguana namun ia harus dilakukan dengan betul dan melihat insiden seumpama ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan," kata Perry Colato yang menguruskan perkhidmatan, Redline Iguana Removal.

Sementara itu FWC berkata, pihaknya tidak bertolak ansur dengan kekejaman terhadap haiwan dan insiden tersebut akan disiasat. - Agensi