Lelaki terjun sungai dikhuatiri lemas

Iklan
Usaha pihak bomba, polis dan nelayan mencari dan menyelamat mangsa masih belum berhasil.

DUNGUN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam sungai di Kompleks Lembaga Kemajuan ikan Malaysia (LKIM), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, lelaki berusia 39 tahun itu nekad melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila ternampak sekumpulan anggota polis memasuki pekarangan LKIM.

Iklan
Iklan

Usaha polis dan nelayan yang cuba memujuk mangsa supaya naik tidak berhasil sebelum tenggelam dan hilang di dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, tindakan lelaki itu membawa padah apabila dia hanyut dan dikhuatiri lemas serta masih tidak ditemui sehingga pagi ini.

Iklan

"Apabila usaha memujuk lelaki itu gagal dan dia hilang di dasar sungai, pihak polis menghubungi bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia.

"Seramai 31 anggota Polis, Bomba dan APM terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan dua buah bot

Iklan

"Gerakan mencari dan menyelamat segera dijalankan malam tadi tetapi tidak berhasil dan usaha akan disambung pagi ini,"katanya.