Najib digelar ‘Optimus Prime’ oleh Jho Low

Iklan

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menggelar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak"Optimus Prime” atau singkatannya, OP, iaitu watak utama dalam filem-filem ‘Transformers’.

Bekas pegawai perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata Jho Low menggunakan singkatan itu apabila merujuk kepada Najib dalam perbualan Blackberry Messenger mereka, ketika kedua-dua mereka berbincang mengenai tiga transaksi wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Iklan
Iklan

Yu ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram mengenai perbualan mereka bahawa OP mungkin akan menutup akaunnya pada bulan Disember.

Sithambaran: Dalam perbualan itu, Jho Low memberitahu kamu"Beritahu dia, OP kata mereka mungkin akan menutup akaun itu pada bulan Disember.

Iklan

Yu: Ashok (bekas Pengarah Urusan AmBank, Ashok Ramamurthy) mahu mengemaskinikan laporan.

Sithambaran: Jho Low kata,"Gila, beritahu dia OP kata mereka mungkin akan menutup akaun itu pada bulan Disember.” Apa itu OP?

Iklan

Yu: Saya teringat saya ada bertanya, (dan) saya diberitahu ia singkaIan kepada nama ‘Optimus Prime’.

Sithambaran: Siapa OP di sini?

Yu: Apa yang saya faham, dia Datuk Seri Najib.

Sithambaran kemudian berkata, daripada apa yang beliau tahu, ‘Optimus Prime’ adalah ketua dalam filem-filem ‘Transformers’ dan kata-kata itu menggelikan hati beberapa petugas media sehingga membuatkan mereka tertawa.

Najib, 66, sedang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. -Bernama