Masih ada ruang pinda rang undang-undang IPCMC: Liew Vui Keong

Iklan
Liew Vui Keong - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 7 Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata rang undang-undang berkenaan dijangka dibentang sebelum pembentangan Belanjawan 2020 pada pertengahan Oktober.

Iklan
Iklan

"Masih ada ruang untuk perubahan (ketika ini). Kerajaan boleh sahaja meminda rang undang-undang IPCMC di peringkat jawatankuasa kedua dan ketiga,” katanya kepada pemberita semasa ditanya sekiranya rang undang-undang itu masih boleh dipinda walaupun ia sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

Liew ditemui selepas sesi penerangan dan perbincangan rang undang-undang IPCMC bersama pertubuhan masyarakat sivil, Majlis Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan di pejabatnya di sini hari ini.

Iklan

Rang Undang-Undang IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Iklan

Ditanya mengenai sesi perbincangan hari ini, Liew berkata, beliau menerima banyak pandangan dan cadangan yang akan dikaji dan dipertimbang.

"Ada juga yang mengutarakan cadangan supaya kuasa Perdana Menteri ditarik balik, dan diberikan kepada Suruhanjaya, semua ini perlu saya rujuk kepada Kabinet,” tambahnya.

Tambah Liew, berdasarkan cadangan dan pandangan yang diterima pada hari ini cuma 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 60 klausa dalam rang undang-undang IPCMC akan dipinda.

"Tidak semua klausa akan dipinda. Sedikit sebanyak dan peruntukan tertentu provision sahaja," katanya lagi. -Bernama