Korea Utara lancar lagi misil balistik

Iklan
Pelancaran itu dibuat sebagai tanda protes terhadap latihan ketenteraan bersama antara AS-Korea Selatan pada Ahad ini.

SEOUL - Korea Utara melancarkan dua projektil dari wilayah Hwanghae Selatan dan jatuh ke laut di bahagian timur pada awal pagi tadi.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan memaklumkan dua projektil tersebut dipercayai sebagai misil balistik jarak pendek yang terbang sejauh 450 kilometer (km) dan mencapai ketinggian 37 km.

Iklan
Iklan

Pelancaran keempat itu dibuat dalam tempoh kurang dua minggu sebagai amaran keras terhadap latihan ketenteraan bersama antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan pada akhir minggu ini.

Korea Utara sering berasa terancam dengan latihan ketenteraan yang dijalankan antara Washington dan Seoul yang didakwa sebagai ‘’latihan untuk pencerobohan’ ke atas Pyongyang.

Iklan
Iklan

Pelancaran pada kali ini juga agak berbeza kerana ia dibuat dalam tempoh sejam selepas mengeluarkan kenyataan ancaman tersebut berbanding sebelum ini yang dibuat sehari selepas ujian tersebut. - Agensi