Belasah ibu setelah kantoi bawa pulang kekasih

Iklan
Gambar kecil: Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak membelasah ibu kandungnya selepas tindakannya membawa masuk teman wanita ke dalam bilik di rumah mereka terbongkar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika suri rumah berusia 53 tahun itu menyedari seorang wanita tidak dikenali berada dalam bilik anaknya yang berusia 29 tahun di Kampung Kepong, di sini kelmarin.

Iklan
Iklan

"Sejurus itu, mangsa cuba beredar dari bilik berkenaan, namun dihalang anak lelakinya itu sebelum berpura-pura berlakon memarahi teman wanitanya dengan bertindak membelasah wanita itu di hadapan mangsa.

"Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa cuba menghalang perbuatan itu.

Iklan

"Bengang dengan tindakan ibunya, suspek kemudian memukul mangsa sebelum menolak sehingga jatuh dan menyebabkan kecederaan pada tangan kiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber berkata, sejam selepas kejadian, mangsa yang keluar dari rumah mereka menerima panggilan telefon daripada teman wanita anaknya meminta untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa membawa wanita terbabit ke Balai Polis Manir, di sini untuk membuat laporan berhubung kejadian selepas tidak tahan dengan perangai anak lelakinya yang didakwa turut terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.