Tsunami Sunda: Penduduk kawasan terpencil diselamatkan

Iklan
Tsunami Selat Sunda membadai tanpa amaran dan menyebabkan ratusan mangsa terkorban. - Foto AP

CARITA - INDONESIA . Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia kini bertungkus-lumus menyelamatkan komuniti dari pulau terpencil, susulan tsunami gunung berapi yang meragut lebih 400 nyawa.

Bagaimanapun, hujan lebat berterusan semakin menyukarkan usaha menyelamat mangsa.

Iklan
Iklan

Agensi penyelamat menambah, angin membawa debu dan pasir dari Anak Krakatau ke beberapa kawasan seperti Cilegon dan Serang, Jawa.

Penduduk turut dinasihatkan memakai topeng atau cermin mata ketika berada di luar rumah.

Iklan

Difahamkan, sebahagian daripada gunung berapi Anak Krakatau runtuh selepas letusan dan jatuh ke dalam laut, lalu mencetuskan tsunami.

Gelombang tsunami yang membadai malam Sabtu lalu melanda tanpa amaran, memusnahkan beberapa kawasan penempatan termasuk pantai pelancongan popular.

Iklan

Sementara itu, agensi bencana melaporkan, jumlah kematian meningkat kepada 430 orang, semalam, dengan 1,495 mangsa lain cedera dan 159 lagi hilang sementara hampir 22,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan. - AFP