Zuraida arah MPAJ banteras PATI di Ampang

Iklan
Zuraida

PANDAN INDAH – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan melaksanakan operasi bersepadu bersama beberapa agensi lain dalam masa terdekat bagi mengatasi isu lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan Ampang Jaya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mahu jawatankuasa bersepadu yang melibatkan MPAJ, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan turun padang untuk mengawal lambakan pendatang tanpa izin.

Iklan
Iklan

"MPAJ telah diarahkan untuk mengenalpasti lokasi warga asing, sebelum operasi bersepadu dilaksanakan. Saya difahamkan Ampang Jaya menjadi lokasi pilihan untuk pendatang tanpa izin berkumpul serta bermastautin, operasi sebegini diharap dapat menurunkan jumlah warga asing tersebut,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir ke Majlis Kunjungan Hormat beliau ke MPAJ, di sini tadi.

Zuraida berkata, jika agensi berkenaan dapat mengawal isu tersebut, secara tidak langsung dapat mengatasi isu lain seperti peniaga warga asing dan isu kebersihan.

Iklan

"Sampah yang tidak terurus di kawasan ini berpunca daripada isu warga asing, jika perkara ini dapat diatasi kita akan dapat melihat kawasan perumahan, perniagaan dan pasar lebih bersih.

"Saya juga mahu semua Ahli Majlis MPAJ melaksanakan program kitar semula di kawasan masing-masing bagi meningkatkan lagi kesedaran rakyat tempatan, selain sampah kitar semula itu boleh dijadikan pendapatan sampingan kepada penduduk,” katanya.

Iklan