Kelantan tiada masalah ADUN isytihar harta

Iklan
Ahmad

KOTA BHARU - Kerajaan negeri tidak keberatan untuk mematuhi saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mewajibkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat pengisytiharan harta.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah kerana pengisytiharan harta khususnya dalam kalangan Exco dilaksanakan sejak sekian lama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga sudah menjadi tradisi kepada Exco Kelantan mengisytiharkan harta kepada Menteri Besar.

"Kita sudah buat dan kita tak hadapi masalah sebab dari dulu lagi kita dah buat kepada pemimpin tertinggi negeri,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan RM3,000 kepada tujuh keluarga mangsa kebakaran di Kampung Dusun Jalan Bayam hari ini.

Iklan
Ahmad meninjau lokasi kebakaran di Kampung Dusun Jalan Bayam hari ini.

Ahmad berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta bagi mengelak rasuah berlaku di negeri-negeri.

Dalam pada itu, menyentuh isu tekanan air melibatkan lokasi kebakaran di Kampung Dusun Jalan Bayam, Ahmad berkata, ketiadaan tempat simpanan air khusus mempengaruhi proses pemadaman.

Iklan

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku ketika waktu penggunaan puncak menyebabkan bekalan air terjejas.