Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika

Iklan

KUALA LUMPUR - Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 753 kilometer (km) ke Tenggara Naha, Jepun, dan sedang bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 10 km sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pencerapan pada pukul 5 petang ini, jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 1,907 km ke timur laut Kudat, Sabah. -Bernama