Beruang masuk kebun buah, Perhilitan pasang perangkap

Iklan
Kerja-kerja memasang perangkap sedang dilakukan anggota Pejabat Perhilitan Jeli selepas menerima aduan kemunculan beruang matahari di sekitar kawasan berkenaan minggu lalu.

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang perangkap bagi menangkap seekor beruang yang didakwa muncul di Kampung Reka dan Kampung Timur, di sini minggu lalu.

Pengarahnya, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, perangkap berkenaan dipasang pada 31 Julai lalu selepas menerima aduan daripada penduduk.

Iklan
Iklan

"Kita terima aduan kira- kira jam 9 pagi sebelum empat anggota dari Pejabat Perhilitan Jeli ke lokasi untuk siasatan lanjut dan mengesahkan aduan tersebut berasas.

"Susulan itu satu perangkap beruang dipasang berhampiran kawasan haiwan berkenaan dilihat berkeliaran sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Ady Ermanty Haniff berkata, beruang dari spesis matahari ini dipercayai berkeliaran di kebun penduduk untuk mendapatkan makanan berikutan musim buah-buahan sedang masak ketika ini.

Beliau berkata, beruang dengan nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan satu- satunya spesis yang terdapat di semenanjung Malaysia.

Iklan

"Keselamatannya terancam berikutan kehilangan habitat akibat pembukaan hutan untuk pertanian dan pembalakan, selain pemburuan haram menggunakan jerat serta perangkap," katanya.

Semalam, seorang suri rumah, Roslina Salleh, 45, dari Kampung Reka di sini dikejutkan dengan kemunculan haiwan berkenaan yang berkeliaran di kebun buah-buahan miliknya kira-kira 100 meter dari bahagian dapur rumahnya.

Bagaimanapun setelah dihalau, haiwan yang pada mulanya disangkakan babi itu meninggalkan kawasan berkenaan.