KOTA KINABALU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas diteruskan pagi ini.
Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, operasi mencari Lili Sumansi Suhaimi, 20, itu ditangguhkan pukul 6.30 petang semalam berikutan keadaan cuaca di lokasi pencarian agak buruk.
Iklan
Iklan
Semalam, empat daripada lima mangsa bot karam berkenaan ditemui penduduk kampung, termasuk dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mustaib Muimin dan Suhaimi Salleh, manakala dua yang selamat ialah Mardi Suhaimi dan Owya Timbangan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Malubang, Pitas.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari semalam, kesemua mangsa menaiki bot ke Kudat untuk membeli barangan keperluan dan sekitar pukul 11 pagi mereka bergerak pulang ke Pitas.
Ketika dalam perjalanan, berlaku angin kencang menyebabkan bot berkenaan terbalik sebelum karam. - Bernama
Artikel Berkaitan