RIO DE JANEIRO - Seorang pengedar dadah di Brazil yang 'kantoi' ketika cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya dilaporkan meninggal dunia.
Clauvino da Silva, ditemukan maut dalam sel, tiga hari selepas cubaannya meloloskan diri dari sebuah penjara di Rio de Janeiro pada Sabtu lalu gagal.